Apa salahnya sesekali buat dirumah kan? Kita cuba dengan mini pavlova dahulu.
Saya akan kongsikan resepi dan tips yang lebih mudah membuat pavlova.
Ini bahannya :
• 2 biji telur ( putih sahaja )
• 300 ml heavy cream/whip cream
• 1/2 cup (110g ) castor sugar
• Buah segar ikut citarasa anda
Caranya :
1. Panaskan oven 150'c . Lapikkan baking tray dengan baking paper. Putarkan telur putih menggunakan mixer atau whisk sehingga kembang menjadi krim lembut, masukkan castor sugar dan putar sehingga menjadi krim yang lebih kenyal dan nampak berkilat.
Tips : jika terbalikkan mangkuk, krim putih telur takkan jatuh. Ia juga dipanggil 'meringue'.
2. Gunakan sudu dan cedokkan meringue tadi ke atas baking paper. Ratakan meringue tersebut pastikan bentuknya konsisten. Masukkan ke dalam oven selam 20-25 minit sehingga boleh nampak sedikit rekahan pavlova. Setelah siap, pastikan pavlova dibiarkan sehingga sejuk dulu sebab jika ia masih panas , whip cream akan cair dan tidak cantik.
3. Sementara menunggu pavlova sejuk, putarkan whip cream/heavy cream sehingga menjadi pekat dan mudah untuk sapu ke atas pavlova.
4. Hiaskan dengan buah-buah segar seperti mangga, strawberry, anggur dan sebagainya. Pavlova biasanya tidak tahan lama, jangan bazirkan ye!
Bolehlah lepas ni cuba buat yang besar pulak, hanya double kan bahan di atas.
Simple kan?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan