MACAMANA NAK BUAT DUIT DENGAN BLOG? | SWEET ENOUGH


MACAMANA NAK BUAT DUIT DENGAN BLOG?

Anda suka menulis?
Banyak idea yang menarik?
Mencuba sesuatu yang baru?
Mengisi masa lapang?

 

Anda sudah sedia untuk masuk dunia 'blogging'?

Tak salah untuk anda mencuba kerana rezeki ada di mana- mana , kita hanya perlu berusaha untuk mendapatkannya.

Realitinya kini ramai yang jadikan blogging sebagai kerja dan hobi tetap. Ternyata 'blogging' dapat menjana pendapatan malah banyak yang telah menjadi jutawan. 

Tetapi, bagaimana nak mula?

1. Sudah tentu anda perlu mendaftar blogger, cari nama yang sesuai dan mudah untuk diingati.. Okeyhh.

2. Tetapi, anda perlu ingat blog anda mesti mempunyai perkara khas untuk disampaikan. Contohnya, anda banyak idea tentang DIY yang kreatif jadi anda sediakan entry post seperti TIPS, CARA , TEKNIK dan sebagainya.. 

3. Setiap post anda perlu berkaitan dengan tajuk blog anda supaya GOOGLE senang nak mencari anda kepada bakal pelawat blog anda! 

4. Seterusnya, daftarkan blog anda di syarikat iklan yang popular. Anda hanya perlu memaparkan ads mereka di blog anda. Itu sahaja!! Senang kan? 

Contohnya, yang biasa saya guna ialah Nuffnang sebab ianya mudah dan mereka menawarkan pelbagai contest , event menarik!!

Atau, anda juga boleh mendaftar GOOGLE ADSENSE tetapi syaratnya agak rumit sedikit. Kalau anda dah faham dan mahir tentang ADSENSE pasti dapat income yang berbaloi baloi!

5. Cuba cari rahsia dan tips untuk menaikkan TRAFIK BLOG dan SEO, ini sangat penting untuk berpeluang menjana lebih pendapatan.

Selebihnya, saya akan update pada entry yang akan datang ye!! 

RAHSIA MENAIKKAN PENDAPATAN NUFFNANG!! 

Mulakan mendaftar blog anda di nuffnang >>> klik sini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan